Wednesday, September 05, 2007

Waktu itu

Waktu itu. (kita adalah kelkatu-kelkatu tua)

Kita adalah kelkatu-kelkatu tua yang sedang berterbangan
menanti senja.

1.
Aku masih menanyakan kepada lampu-lampu di jalan.
saat ku kutip semua kenangan yang terbiar .
berlari.

2.
Pagi ketika kita mendakap warna-warna pelangi
memeluk erat embun-embun yang turun
dan petangnya
kita menyapu daun-daun kering bewarna jingga

3.
dan kau bisikkan bahawa laut telah semakin kosong dan sepi
dan bukit-bukit semakin kelabu
dan hutan-hutan semakin lesu.

kata mu-kita adalah kelkatu-kelkatu yang sedang berterbangan.
Ke arah laut-laut yang gelap itu
ke arah bukit-bukit yang kelam itu
ke arah hutan-hutan yang hitam itu.

4.
bahawa
lalang hidup kita meliar.
persis seperti kelkatu-kelkatu tua
di luar jendela.