Wednesday, September 05, 2007

Waktu itu

Waktu itu. (kita adalah kelkatu-kelkatu tua)

Kita adalah kelkatu-kelkatu tua yang sedang berterbangan
menanti senja.

1.
Aku masih menanyakan kepada lampu-lampu di jalan.
saat ku kutip semua kenangan yang terbiar .
berlari.

2.
Pagi ketika kita mendakap warna-warna pelangi
memeluk erat embun-embun yang turun
dan petangnya
kita menyapu daun-daun kering bewarna jingga

3.
dan kau bisikkan bahawa laut telah semakin kosong dan sepi
dan bukit-bukit semakin kelabu
dan hutan-hutan semakin lesu.

kata mu-kita adalah kelkatu-kelkatu yang sedang berterbangan.
Ke arah laut-laut yang gelap itu
ke arah bukit-bukit yang kelam itu
ke arah hutan-hutan yang hitam itu.

4.
bahawa
lalang hidup kita meliar.
persis seperti kelkatu-kelkatu tua
di luar jendela.

Sunday, January 28, 2007

Belum ada tajuk

Denyut-denyut nadi ini berhenti
ketika melihat mata mu
Maka aku pun terbunuh sepenuhnya.

Dan kau bertanya
Layakkah aku memagari kamar mu
dengan bunga-bunga yang kupetik tangkainya
dengan duri setajam matamu

kesangsian dan cemburu
adalah korban yang kau ciptakan
untuk kami pelarian-pelarian ini

Aku bersama-sama mereka
menerobos awan
Untuk sampai kepada mu

Jauh sejauh itu.
Ada yang tersungkur.

29 Jan 2006

Mimpikan aku

Aku dah tak punya mimpi lagi
untuk sama-sama kita berangan
berendam di sungai-sungai yang mengalir di dalam nya
kecewa

Mimpi-mimpi menari
di celah-celah rembulan

ketika kau berikan aku nafas
agar dapat ku nyalakan malam
Agar aku bisa bermimpi dan berlari lagi

Terjun lah ke dalam mimpi itu
demi kecewa ini.

1.09 tgh hari
29 Jan 2006