Monday, April 14, 2008

Bila Rumi menari



Why should I seek? I am the same as

He. His essence speaks through me.

I have been looking for myself

Sunday, April 06, 2008

Sejoli

"Nanti la..i nak rakam ni"

"tak nakkk!!"

" Tak nampak muka la. Video cam ni i beli mahal tau"

erm...

" I taknak you buka tudung tu dulu"

Ermm...

Panas makin membuak-buak dalam bilik berhawa dingin itu.Satu persatu aksi Siti Nuridayu, menanggalkan segala yang dipakainya dirakam oleh Muhammad Qareem, tanpa tertinggal satu babak pun.

Satu persatu.

" You ni.." Siti Nuridayu mendesah manja. Bibirnya semakin basah. Hati nya juga basah dan cair dengan kata-kata dan janji manis Muhammad Qareem.Sedang cuaca diluar semakin panas menyaksikan babak percintaan ini.

Tanpa sedar Siti Nuridayu sudahpun berada dalam pelukan Muhammad Qareem.Kali ini dia sudah tidak memakai apa-apa, kecuali tudung yang belum ditanggalkan, atas arahan Muhammad Qareem.

"Kenapa you taknak i buka tudung ni.."

"Kejap lagi.I suka. You nampak seksi sangat"

"you ni nakal tau"

Penat Muhammad Qarreem mengarahkan itu dan ini kepada Siti Nuridayu.Kadang-kadang, tanpa diarah Siti Nuridayu tahu apa yang perlu dilakukan.Kadang-kadang Siti Nuridayu pula yang mengambil peranan sebagai pengarah.

Siti Nuridayu sanggup menyerahkan segalanya kepada Muhammad Qareem.Dia sudah mengenali Muhammad Qareem semenjak semester 3 lagi.Dia menyukai Muhammad Qareem kerana lelaki itu memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkan nya.

Wajah Muhammad Qareem mirip seperti Fahrin Ahmad, pelakon pujaan yang digilai dan menjadi idola ramai remaja perempuan sepertinya.

Dia tahu dulu Muhammad Qareem seorang playboy dan banyak memainkan perasaan ramai gadis, termasuk Nurul Jannah, housematenya sendiri.Sekarang Muhammad Qareem dah pun putus dengan Nurul Jannah. Nurul Jannah tengah couple dengan Zack, budak Engineering.

Bodoh betul Zack tu. Dapat kelapa dah ditebuk tupai. Dulu masa dia belum lagi mengenali Muhammad Qareem, dia selalu tengok Nurul Jannah bawa Muhammad Qareem datang rumah. Masuk bilik.

Walaupun dia tahu Muhammad Qareem dulu pernah meniduri Nurul Jannah, tapi Muhammad qareem tak pernah tinggalkan sembahyang.Itu yang membuatkan Siti Nuridayu mengagumi Muhammad Qareem.Tapi sebenarnya dia lebih tertarik dengan ketampanan jejaka itu.

Perasaan cinta terhadap Muhammad Qareem melebihi segalanya. Dia sanggup menyerahkan segalanya untuk lelaki ini, termasuk tubuhnya. Dia tak mahu kehilangan Muhammad Qareem..

Dan Muhammad Qareem sendiri sudah berjanji akan memperisterikannya, sesudah mereka tamat pengajian ijazah nanti.Muhammad Qareem berjanji akan mengahwini Siti Nuridayu Kira-kira 3 tahun lagi.

****

Dua belas jam sebelum itu.


"Minyak you dah habis ni"

"ohh..ha'ah la. tak perasan pulak"

"Berenti kat Shell depan nanti la"

" Tak mau. I nak isi kat petronas. I dah boikot Shell. I dah boikot semua produk Belanda tau"

"Ohh..I lupa. You ada forward kan email hari tu"

Sejak beberapa hari ini, setelah filem Fitna dari belanda mencetuskan kontroversi di dunia Islam, Muhammad Qareem sudah tekad tidak membeli produk dari negara tersebut.

"Sayang.."

"erm..apa yang?"

Siti Nuridayu berdesir manja.

Tangannya sudah pun merayap-rayap dipeha Muhammad Qareem.

Zip seluar Muhammad Qareem sudah dibuka. Muhammad Qareem kuatkan aircond.

Dan kuatkan volume radio.

"senggol-sengolan cubit-cubitan aku bernyanyi kau petik gitarrrr"

Lagu dangdut berkumandang dari radio.

***

Empat belas jam sebelum itu.


" You baca tak pasal Sufiah Yusuf tu"

" Ha'ah..I ada baca kat Metro hari ni. Kenapa yang?"

"Teruk la dia tu.Sampai sanggup jual diri..."

"ermm..tu la. Orang kalau dah cerdik sangat."

Muhammad Qareem menyedut minuman di hadapannya. Matanya tertumpu pada Siti Nuridayu. Pandangan Siti Nuridayu pula yang beralih. Tersipu manja.

"You jangan pandang I macam tu la. Malu la I"

"I rasa lapra. Rasa macam nak makan you sekarang"

Siti Nuridayu menjeling marah.


***

Dua minggu sebelum itu. Di dalam library di sebuah Universiti tempatan.

" Bahaya kalau DAP yang naik. I tak kisah siapa pun yang perintah negara ni asalkan mesti orang Islam. You tengok apa dah jadi kat Penang tu.."

" I tak nak cerita politik la. Boring."

Siti Nuridayu membelek-belek Pancaindera, sisipan hiburan dari Utusan.

"Bahaya tau. Kejap lagi jadi macam Singapore. Nak azan pun tak boleh"

" I tau.. macam-macam yang diorang mintak nanti. Sekarang pun dah mintak macam-macam.Buat IFC la.. Murtad makin banyak kat Malaysia ni. Islam dah jadi bahan gurauan. Masalahnya orang Islam sendiri tak percaya kat Islam"

" I tak berapa suka kat PAS tu.."

"..Tapi I tetap sokong Islam"

Siti Nuridayu masih leka membaca cerita tentang Akademi Fantasia.

"Eiii..I tak suka la dengan orang tua ni!! Meluat tengokkk"

***

Ahad.
Jam 10.30 pagi. Mandarin Court Hotel, Kuala Lumpur.

Di bucu katil bersepah coli dan seluar dalam Siti Nuridayu bte Abdullah.

Monday, January 21, 2008

Rakyat perlu dimobilisi untuk turun ke jalan raya bagi melawan pembunuhan ke atas sastera.

Sasterawan Negara, A Samad said mengeluh kesah di satu acara baca puisi dengan nada merajuk panjang yang keras.

Semuanya gara-gara pemilihan penulis bagi penulisan teks sastera bagi komponen sastera dalam matapelajaran bahasa melayu atau KOMSAS.

Dengan nada yang keras dan sinis Pak Samad membidas usaha-usaha untuk tidak menyenaraikan karya-karya SN dan pemenang anugerah sastera bagi dijadikan teks sastera, malah meletakkan karya-karya penulis bukan sastera seperti Ahadiat Akashah atau Sharifah Abu Salem sebagai teks rujukan.

Secara peribadi sebenarnya aku telah lama tidak mengikuti perkembangan dunia sastera semenjak tamat sekolah.Namun, aku tidak dapat membayangkan jika karya-karya seperti Lagenda Budak Setan ini mahu diangkat sebagai karya sastera dan dijadikan teks-teks sastera di sekolah-sekolah!

Kononnya keputusan itu diambil kerana Kementerian Pelajaran berpendapat bahawa karya-karya SN terlalu berat dan sarat dengan pemikiran lalu ianya akan menyukarkan pelajar-pelajar untuk memahami dan meminati bidang sastera.Betapa bengap dan bahlolnya kenyataan ini.Apakah subjek-subjek bagi matapelajaran lain seperti Matematik dan Sains itu tidak berat?

Usaha ini sebenarnya adalah proses pembunuhan terhadap sastera secara senyap.Apalagi kalau ia melibatkan unsur-unsur kepentingan individu, barangkali rasuah. Jika usaha-usaha ini tidak ditentang dan dilawan, maka lambat laun, sastera melayu tidak akan lagi dihormati dan terkubur.Pelajar-pelajar tidak mungkin mengenali siapa Tongkat warrant, siapa Mana Sikana, siapa Arenawati, siapa itu Keris Mas lagi.

Tuesday, December 11, 2007

Ops lalang 2














Rejim.
diktator.
Rakus.
Bunuh.
Demokrasi pincang.
Mabuk.
Kuasa.
Kuda tunggangan.
Alat.
penjara.
rakyat.
Jalan raya.

Kerajaan di bawah Rejim Pak Lah sedang rakus menggunakan kuda-kuda tunggangan mereka untuk membunuh demokrasi di Malaysia.Polis telah dijadikan alat.

Pak Lah sedang mabuk kuasa.Dia sedang menggunakan perisai seorang diktator.

Pemimpin-pemimpin pembangkang ditangkap.Rakyat yang menentang kerajaan disumbat ke penjara.Demokrasi telah pincang.

Operasi Lalang kedua sudah bermula!

Mari turun ke jalan raya!

Sunday, September 09, 2007

Polis Raja Di Malaysia

Baru beberapa hari kita merayakan ulangtahun kemerdekaan negara, tetapi kebebasan yang kita percaya sudah kita miliki semenjak 50 tahun itu sebenarnya masih boleh diragui.

Apakah kita benar-benar sudah merdeka ? Apakah kita ini adalah rakyat yang benar-benar bebas? Apakah kita sudah benar bebas berjalan, bercakap tanpa perlu merasa takut lagi? Pertanyaan itu harus kita tanyakan kepada diri sendiri.

Tragedi di Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam adalah satu lagi contoh bahawa kebebasan demokrasi di negara kita yang telah berjaya diragut oleh sang pemerintah.Rakyat mahu diugut dan ditakutkan dengan mengulang-tayang apa yang pernah berlaku di Memali 20 tahun yang lalu.

Cerita nya masih sama- Banjingan-banjingan (lebih mesra dipanggil polis) telah diperguna dan diperkudakan untuk mempertahankan survival politik sang pemerintah.Polis-polis ini sebenarnya telah menurut perintah dari ketua-ketua mereka yang sudah semestinya menerima arahan ini dari sang penguasa yang rakus. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh rakyat yang tidak bersekongkol atau menyokong fahaman mereka.Justeru, mereka tidak akan teragak-agak mengarahkan anjing-anjing mereka melepaskan peluru-peluru hidup kepada rakyat.

Kemudiannya kita akan disajikan di tv dengan segala macam ugutan dan gertakan untuk menakut-nakutkan rakyat. Mereka akan memperlihatkan bahawa pembangkang sebagai ganas, ekstrim, menimbulkan kacau bilau dan sebagainya. Dengan mudah kita akan ditipu bulat-bulat oleh sang pemerintah jenis kuku besi ini.

Dan perlahan-lahan, mereka akan berjaya untuk membunuh dan merobek sistem demokrasi di negara kita sehingga lumat.

Apakah maknanya, bagi sebuah negara yang melaungkan demokrasi dan Islam Hadhari seperti Malaysia, apabila peluru-peluru hidup digunakan untuk meleraikan rakyat yang berhimpun untuk mendengar ceramah pembangkang? Ini adalah suatu tragedi yang hanya wujud di sebuah negara diktator. Apakah Malaysia sedang menuju ke arah negara Polis?

Wednesday, September 05, 2007

Waktu itu

Waktu itu. (kita adalah kelkatu-kelkatu tua)

Kita adalah kelkatu-kelkatu tua yang sedang berterbangan
menanti senja.

1.
Aku masih menanyakan kepada lampu-lampu di jalan.
saat ku kutip semua kenangan yang terbiar .
berlari.

2.
Pagi ketika kita mendakap warna-warna pelangi
memeluk erat embun-embun yang turun
dan petangnya
kita menyapu daun-daun kering bewarna jingga

3.
dan kau bisikkan bahawa laut telah semakin kosong dan sepi
dan bukit-bukit semakin kelabu
dan hutan-hutan semakin lesu.

kata mu-kita adalah kelkatu-kelkatu yang sedang berterbangan.
Ke arah laut-laut yang gelap itu
ke arah bukit-bukit yang kelam itu
ke arah hutan-hutan yang hitam itu.

4.
bahawa
lalang hidup kita meliar.
persis seperti kelkatu-kelkatu tua
di luar jendela.

Saturday, September 01, 2007

Mat Indera

Mat Indera bukan calang-calang orang. Dia belajar agama dan pernah menjadi guru agama di Muar.Dikatakan Orang, Mat Indera ini cukup dihormati oleh kebanyakan orang-orang kampung, lemah lembut wataknya dan dia bukanlah datang dari keluarga orang-orang biasa.Mat Indera datang dari keluarga pembesar Datuk Bentara Husin Lela, pahlawan Siak, bukan calang-calang.

Tetapi kenapa dia memilih jalan untuk berjuang di tengah-tengah hutan dengan mengangkat senjata melawan British harus dijadikan soal.

Mat Indera- antara komunis melayu yang terkenal; Namanya mula disebut-sebut orang selepas memimpin 200 komunis membuat serangan hendap ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Muar di satu subuh tanggal 23 Feb 1950.
Serangan ini telah menggemparkan Pihak British berikutan banyak jiwa yang terkorban, dan memperlihatkan kekuatan Komunis yang diluar jangka pada masa itu.

British lalu mengeluarkan perintah agar Mat Indera ini ditangkap.Dikata orang lagi, Kopi yang diminumnya telah di campur buah kecubong terlebih dahulu sebelum Mat Indera diberkas di satu perjumpaan di Seri Medan. Mat Indera dan kawan-kawannya yang kemabukan dengan mudah diberkas Special Branch Inggeris.Mat Indera dipenjarakan di Taiping sebelum dijatuhkan hukuman gantung oleh Inggeris.