Sunday, October 01, 2006

Fasting

By Rumi

There's hidden sweetness in the stomach's emptiness.
We are lutes, no more, no less. If the soundbox
is stuffed full of anything, no music.
If the brain and belly are burning clean
with fasting, every moment a new song comes out of the fire.
The fog clears, and new energy makes you
run up the steps in front of you.
Be emptier and cry like reed instruments cry.
Emptier, write secrets with the reed pen.
When you're full of food and drink, Satan sits
where your spirit should, an ugly metal statue
in place of the Kaaba. When you fast,
good habits gather like friends who want to help.
Fasting is Solomon's ring. Don't give it
to some illusion and lose your power,
but even if you have, if you've lost all will and control,
they come back when you fast, like soldiers appearing
out of the ground, pennants flying above them.
A table descends to your tents,
Jesus' table.
Expect to see it, when you fast, this table
spread with other food, better than the broth of cabbages.

Saturday, September 30, 2006

Ramadhan

Bulan menangis
ketika hadir
mengetuk tangkai-tangkai hati yang kering

seperti aku yang kekeringan di sini

dan bisakah ku temui
susu-susu yang mengalir
dari telaga Mu

betapa mimpi semakin asyik
dalam kabus segala pagi
namun tak pernah ku panjang kan doa

sedang aku masih tertidur bertelanjang
terlena dalam buaian
mimpi asyik berahi
terlalu mengasyikkan

Aku manusia dengan selautan dosa
tak terhitung banyaknya
bagaikan pasir di sahara


30 Sept 2006
9.39 p.m

Saturday, July 08, 2006

Kepastian

Kita selalu mencari-cari kepastian. Tapi apabila sudah bertemu dengan kepastian, kita seringkali merasa kecewa.

Friday, June 09, 2006

Kita dan pilihan

Dalam hidup ini ada begitu banyak pilihan, tetapi untuk membuat pilihan bukan satu kerja yang mudah.Membuat pilihan adalah satu perkara yang paling sukar dalam hidup, bagi aku.

Apa yang ada di hadapan kita, dan apa yang kita peroleh, kadang-kadang bukan satu pilihan
kita .Kita selalu mendapat apa yang kita tidak mahu, tetapi selalu kehilangan apa yang kita perlu atau sangat sangat kita mahu

Dan percaya lah.
Kita telah diberi watak dan peranan dalam dunia ini.Terima sahaja apa peranan kau di dunia.

Sunday, June 04, 2006

Sebuah monumen cinta

Sebuah monumen cinta
yang terbengkalai
Menunggu retak jadi rebah.
dan musnah punah ditelan waktu

Jangan cuba datang lagi.
walau dalam mimpi.
kerna kau cuma bayang-bayang.
Yang takkan pernah hadir
walau dalam mimpi.

Hari ini..
monumen cinta ini aku runtuhkan.
Bersama senyum yang kecewa.
Agar kau puas.
Dan aku juga lepas bebas.
bersama runtuhan-runtuhannya

Saturday, June 03, 2006

The Police state??












Gambar di atas dirakam ketika demonstrasi membantah kenaikan harga minyak dan kadar kenaikan elektrik pada Ahad lepas. Aku hadir demonstrasi ini tetapi agak terlewat untuk 'bertempur' dengan anjing-anjing polis ini.Tiga orang demonstran telah di belasah dengan teruk.Tahniah kepada Polis kerana telah 'menjalankan tugas' dengan baik.

Senyuman

Nafas semakin terasa sesak.Asap, habuk dan kebisingan.

Serabut.Kalut.Manusia-manusia yang berbagai wajah.Bergelut dengan masa.Kota ini tidak pernah berhenti dari aman.Sentiasa berpusing dan berputar ligat.

Tapi bila aku memikirkan engkau, dan senyuman yang tanpa makna itu,lantas segala keserabutan itu pun terus hilang.
Tenggelam dalam khayal aku.

Saturday, May 27, 2006

Catatan gila buat seorang gadis II

Di saat ini aku sedang memikirkan dikau.Di mataku kini cuma engkau-

Walaupun aku juga seringkali keliru dengan perasaan ini.

Kau bukan yang pertama.Entah yang keberapa kali, aku harus merasai, perasaan itu.

Mengapa kau perlu hadir, menari-nari di depan mataku.

Sedangkan aku tahu, untuk mencapai mu terlalu jauh.Terlalu jauh..

Thursday, May 18, 2006

Sayangku..

Sayangku..maafkan aku kerna membuat kau terjaga
Aku hanya mahu menulis sekeping nota
ke atas dadamu dengan
jariku yang pernah bernanah luka.

Sayangku..
aku terlalu penat sekarang.Hanya kau sahaja peneman
dan Pendamping yang sunyi..

Biarlah dunia di luar sana terus berputar ligat. Kalut berserabut.Bertempik memekik.

Kita dengan dunia kita.Aman dan selalu tenang.Tidak pernah berperang.

Friday, May 12, 2006

Terbang melayang

Seperti terawang-awang
Seperti mahu terbang ke langit
Terawang-awang

senyuman yang kau lemparkan
meliar
mimpi-mimpi indah pun bertebaran
berkilau-kilau cahayanya
tajam kacanya

Kau kejutkan aku
dalam resah tidur ini.

Lalu aku pun terbang melayang
terawang-awang.
terawang-awang.


Buat seseorang.
May 12
23.14

Monday, May 01, 2006

Selamat jalan Pram

April 30- perginya seorang Sasterawan (Agung) Indonesia, Pramoedya Ananta Toer, meninggalkan dunia untuk selama-lamanya.Tiada lagi kesengsaraan.Dia sudah lepas bebas.

DOA-Chairil Anwar

DOA
kepada pemeluk teguh

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

cahyaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku
aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

13 November 1943

Monday, April 10, 2006

Bidadari Malam

Dalam kebisuan
melihat ke luar jendela
bulan -bulan yang kunyalakan
tersenyum tanda merestui
dewa-dewa di langit pun turut sama menangis
ketika kau pimpin tanganku
berjalan di kamar ini.

Telah aku siapkan
sebuah kamar
yang kulukis pelangi di dalamnya.


ketika
bintang-bintang pun
beradu di ranjang
dalam kesepian ini
kau bisikkan aku
segugus ucapan mesra
sehingga aku rebah
tak bermaya lagi
lelah menanti.

Andai dapat ku usapi rambutmu itu
dan ku ulit mimpi-mimpi indah
bersama
lewat kenangan
dan ku sentuh pipimu yang halus
dan ku kucupi merah bibirmu
sedang matamu terpejam
membiarkan.


lalu aku pun menangis terharu.
sendu.
tanpa kata-kata lagi.

Buat semua
seksyen 7.
10 April 2006
12.01 mlm

Sunday, April 02, 2006

Kesempurnaan.

Kita selalu sahaja mencari-cari kesempurnaan, sedang manusia tidak pernah dicipta untuk menjadi sempurna.Kita selalu ingin menjadi sempurna sedangkan kita punya banyak kelemahan-kelemahan yang tidak memungkinkan kita untuk menjadi sempurna.

Segala apa yang ada didunia ini, tidak terjadi dengan sendiri.

Seekor kumbang tidak berupaya untuk mencipta dirinya sendiri.
begitu juga, bunga, bulan, bintang, laut,matahari..

Lalu, kita percaya ada unsur yang lebih tinggi dari itu.Tinggi dari kita semua..
Yang telah menciptakan segalanya ini.

Dan hanya Dia yang sempurna.

Kita selalu ingin menjadi orang lain, tetapi kita tidak pernah cuba untuk mengenali diri sendiri.Siapa diri kita.Siapa engkau,siapa aku.

Kadang-kadang, apa yang kita nampak, tidak seperti apa yang kita percaya. Mata seringkali menipu.Akal seringkali tersalah mentafsir.
Maka hati pula seringkali menjadi keliru.

Hidup adalah sebuah mimpi yang panjang.Kosong tetapi bermakna.

Saturday, April 01, 2006




Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan.
Mohammed Salleh Lamry.
2005. Penerbit UKM: Bangi.
ISBN 967-942-717-x (paperback)
204 hlm. RM 35.00.

Friday, March 31, 2006

Interview

Ada sepucuk surat (bukan surat cinta) yang aku terima petang ini. Aku membukanya ketika baru pulang dari kerja.Surat itu datangnya dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam , yang mempelawa aku untuk datang ke sesi temuduga satu jawatan rendah di Putrajaya.

Surat yang aku terima ini langsung tidak menarik minat aku.Bukan kerana jawatan yang ditawarkan, tetapi kerana perasaan pesimis, prejudis dan skeptikalnya aku terhadap Jabatan-Jabatan Kerajaan dalam sesi pengendalian temuduga yang dianjurkan oleh mereka ini.


Ini aku katakan berdasarkan pengalaman aku yang pernah menghadiri satu sesi temuduga di sebuah Jabatan Kerajaan di Serdang tidak lama dulu. Pengalaman yang tawar ini telah mematikan dan membantutkan minat aku untuk bekerja di sektor kerajaan.

Pengalaman semasa ditemuduga ini cukup membuatkan aku menjadi serik.Ini bukanlah kerana pegawai-pegawai yang menemuduga aku ini adalah lepasan graduan dari Universiti Sintok(meminjam istilah Hishamuddin Rais), tetapi adalah kerana kebobrokan si penemuduga dan sistem temuduga yang mereka jalankan-Birokrasi dan unsur kronisme yang mereka amalkan.

Aku menghadiri temuduga ini kira-kira setahun yang lalu setelah mendapat surat dari Jabatan tersebut.Di dalam surat yang dikirimkan itu menyebut bahawa aku perlu menghadiri sesi temuduga tersebut pada jam 8.30 pagi.Oleh kerana itu aku sampai kira-kira pada pukul 7.30 pagi lebih awal untuk memastikan aku berada dalam keadaan yang cukup selesa dan bersedia. Tetapi, apa yang membuatkan aku merasa begitu bodoh sekali adalah apabila aku mendapat tahu kemudiannya giliran aku hanya bermula pada pukul 12.30 tengahari dan menjadi orang yang terakhir untuk ditemuduga.Ini menurut mereka, sistem giliran adalah menurut abjad nama.

Bayangkan, aku adalah orang yang pertama sampai ke sana, tetapi menjadi orang terakhir ditemuduga!

Aku mungkin boleh bertolak ansur jika di dalam surat berkenaan menyatakan secara terpeinci pada pukul berapa sepatutnya aku perlu hadirkan diri. Yang menjadikan aku kecewa ialah kerana sistem giliran mengikut abjad itu tidak pula dijelaskan di dalam surat berkenaan.Tentulah ini sesuatu yang tidak adil bagi aku kerana aku telah membuang banyak masa dengan begitu sahaja dan 'mood' aku untuk di 'interview' juga telah turut terjejas.

Kemudiannya aku sempat berbual dengan beberapa orang calon temuduga tersebut.Dari apa yang aku bualkan, aku mendapat tahu bahawa temuduga itu hanyalah sebagai syarat sahaja sedangkan calonnya sudah ada.(dari lima belas, mereka cuma memilih 3 orang)Seorang calon memberitahu aku secara jujur bahawa ibu bapanya bekerja di jabatan tersebut( tetapi dalam daerah lain), dan secara yakin pula dia berkata bahawa dia boleh mendapat pekerjaan tersebut kerana sudah ada 'deal dengan orang dalam' sebelum itu.

Apa yang lebih mengecewakan aku adalah sikap pegawai-pegawai yang menemuduga ini.
Mereka ini boleh dikatakan bersikap sambil lewa (pada pemerhatian aku)dalam mengendalikan sesi temuduga ini.Cara yang santai (sempat untuk makan dan minum ketika sesi temuduga itu dijalankan) adalah amat tidak profesional dan memalukan.Beberapa kali aku melihat salah seorang daripada mereka ini keluar dan bercakap-cakap di telefon ketika temuduga berlangsung.Secara jelas aku boleh mendengar perbualan seorang dari mereka ini dengan seorang dari ibu( atau bapa) calon tersebut.Sudah tentulah perbualan itu berkisar dengan peluang kerja yang lebih berpihak kepada calon itu tadi.

Aku merasa bahawa aku telah diperbodohkan kerana menghadiri temuduga seperti ini.
Aku bukan terkilan atau terlalu kepingin sangat untuk jawatan sekecil itu, tetapi apa yang menyebabkan aku begitu emosional adalah kerana masih terdapat lagi karenah birokrasi di jabatan-jabatan kerajaan seperti ini.Masih terdapat unsur-unsur kronisme dalam Jabatan-jabatan kerajaan ini, yang pada aku sangat-sangat membebalkan.

Tuesday, March 28, 2006

The Police Brutality in The 'Boleh' Land


Polis Aparat VS Demonstran



Siap-siaga untuk melawan.

Saturday, March 25, 2006

Bunga sial

Kau
Bunga sial
yang terkulai lembut
di dada sang lelaki
yang rakus diranjang
malam-malam berapi
di luar jendela-sepi.
Ada malaikat memerhati

kau
Bunga sial
mekar cuma
di tangkai kepalsuan

Kau
bunga sial
janjikan pelangi
dan biru laut.
dan gunung.
dan awan.

wajah-wajah penuh racun
tertancap duri di tangan
tajam yang menghiris
Luka yang dalam.

Ketika mereka tertusuk
dan mati dalam pelukanmu
Sedang semuanya adalah mimpi.

Celaka!

25 Maret
9.59 mlm.
(dedikasi untuk mangsa dadah)

Hidup

Ada yang berkata-kata. Bahawa mengapa perlu mengeluh tentang kehidupan dan segala sesuatu yang membosankan itu.Bukankah hidup ini untuk di nikmati seluruhnya.Hidup sesuatu yang indah, jangan disia-sia-kata mereka.

Tapi ada yang terlupa barangkali.Kekecewaan, penderitaan, kesepian- itu juga adalah sebahagian dari hidup yang perlu dinikmati.Aku mahu mengecap segalanya.

Hidup bukan sahaja untuk suka-suka. Ada sesuatu yang perlu kita cari dalam hidup ini.Yang pada aku, masih belum kutemui jawapannya.

Cuma aku yang seringkali sahaja, meninggalkan persoalan pada jawapan yang tak pernah pasti itu.

Monday, March 20, 2006

Soe Hok Gie- catatan seorang Demonstran

" lebih baik diasingkan dari menyerah diri pada kemunafikan"

Aku baru sahaja mula membaca sebuah buku. Catatan dari Soe hok Gie- seorang lagenda dan tokoh mahasiswa dari Indonesia.

Tidak sempat selesai untuk membaca keseluruhan buku ini yang aku kira menarik dan perlu di baca oleh anak-anak muda yang sebaya aku.Cuma beberapa helaian yang sempat aku belek atas faktor masa yang membungkam.

Soe hok Gie- seorang Cina Indonesia yang percaya dirinya seorang Athies, adalah seorang mahasiswa yang hidup dalam zaman orde lama di Indonesia.Seorang yang tidak sesekali berkompromi dengan kekuasaan dan pemerintah yang korup.

Dia mula menulis catatan seawal lima belas. Satu tempoh yang masih mentah, tapi sudah mempunyai pemikiran yang idealis dan kritis terhadap isu-isu sosial, moral dan politik yang berlaku di negaranya sendiri.

Jika ada masa, aku akan ulas buku ini. Sekadar catatan kecil dari seorang yang kecil seperti aku.

Dan malam ini, aku harapkan roh soe hok gie akan menjelma dalam tidur aku.