Thursday, August 18, 2005

Di dalam cermin

Aku kah itu
yang sedang berdiri di hadapan cermin
melihat diri
Atau engkau kah
yang sedang memerhati
Wajah kita serupa

Di dalam gelap malam
ku cuba membaca coretan hidup
Yang kau goreskan di tapak tangan
berterbangan menjadi debu
lalu kita pun tersenyum

Julai 2005

Friday, August 05, 2005

Gadis kebaya itu

Gadis kebaya itu
yang tersenyum padaku
ketika aku lewat di depan rumahnya
entah ke mana dia menghilang
barangkali sedang tersenyum
berdamping malam di samping kekasih

Kita dibungkus masa
yang perlahan berlalu
tetapi kejam membunuh


June 2005.