Monday, March 20, 2006

Soe Hok Gie- catatan seorang Demonstran

" lebih baik diasingkan dari menyerah diri pada kemunafikan"

Aku baru sahaja mula membaca sebuah buku. Catatan dari Soe hok Gie- seorang lagenda dan tokoh mahasiswa dari Indonesia.

Tidak sempat selesai untuk membaca keseluruhan buku ini yang aku kira menarik dan perlu di baca oleh anak-anak muda yang sebaya aku.Cuma beberapa helaian yang sempat aku belek atas faktor masa yang membungkam.

Soe hok Gie- seorang Cina Indonesia yang percaya dirinya seorang Athies, adalah seorang mahasiswa yang hidup dalam zaman orde lama di Indonesia.Seorang yang tidak sesekali berkompromi dengan kekuasaan dan pemerintah yang korup.

Dia mula menulis catatan seawal lima belas. Satu tempoh yang masih mentah, tapi sudah mempunyai pemikiran yang idealis dan kritis terhadap isu-isu sosial, moral dan politik yang berlaku di negaranya sendiri.

Jika ada masa, aku akan ulas buku ini. Sekadar catatan kecil dari seorang yang kecil seperti aku.

Dan malam ini, aku harapkan roh soe hok gie akan menjelma dalam tidur aku.

1 comment:

Anonymous said...

Aku dah baca buku ni hmmm mungkin 15 tahun lalu. Tapi entah mana hilangnya buku ini. Elok diperkenalkan pada kawan-kawan. Tengok, demonstran [un boleh menulis dengan molek. Sayang dia mati muda!